Back To All

Feb 28, 2025 3PM

Mulakan dengan niat, sempurnakan dengan EzyWasiat 

Umum mengetahui, proses pembahagian harta pusaka dan penulisan wasiat mengambil masa, melibatkan kos guaman yang tinggi dan merupakan suatu proses yang rumit.

 

Namun, proses untuk melengkapkan perancangan harta kini dipermudahkan malah boleh diselesaikan dalam masa 30 minit sahaja dengan EzyWasiat, Maybank Islamic.

 

Perkhidmatan penulisan wasiat yang inovatif dan efisien ini adalah teknologi penulisan wasiat dalam talian yang dilengkapi perisian automatik untuk mengira aset mengikut undang-undang Faraid bagi memudahkan proses pengagihan harta kepada penerima selepas pemilik meninggal dunia.

 

Pakar Pengurusan Kekayaan Islam, Maybank Islamic, Dr Shahizan Md Nor berkata, EzyWasiat adalah satu kemudahan untuk pelanggan yang beragama Islam menulis pembahagian harta dengan mudah dan cepat.

 

“EzyWasiat adalah kemudahan 24/7, bermaksud capaian perkhidmatan atas talian sentiasa tersedia selagi ada akses Internet dan dokumen wasiat untuk ditulis. 

 

Dr Shahizan dan Anuar pada Halaltuju Pengurusan Kekayaan Dari Perspektif Islam: Kepentingan & Manfaat, bersama hos Syilda



“Dengan kemudahan EzyWasiat, semua maklumat penting akan dikumpulkan dan diproses dalam satu platform. Sekiranya semua maklumat sudah lengkap, wasiat boleh disiapkan dalam tempoh yang singkat, iaitu sekitar 30 minit sahaja. 

 

“Kami di Maybank Islamic menyedari, selain faktor umur dan kurang ilmu dalam urusan harta pusaka, kos juga turut memainkan peranan besar untuk menyediakan wasiat, tetapi melalui EzyWasiat, kos bukan lagi halangan kerana kadar bayaran yang ditawarkan jauh lebih murah daripada pihak lain,” katanya.


Beliau berkata demikian pada siaran langsung Halaltuju, Pengurusan Kekayaan Dari Perspektif Islam: Kepentingan & Manfaat, bersama seorang lagi ahli panel, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Antarabangsa, Majlis Perancangan Kewangan Malaysia, Anuar Shuib serta moderator, Penerbit Kanan, Kinihalal, Syilda Ismail di Facebook baru-baru ini.


Tambah beliau, pelanggan juga tidak perlu risau sekiranya mereka kurang arif dalam hal-hal berkaitan penulisan wasiat atau membabitkan urusan pusaka secara dalam talian. 

 

Pelanggan EzyWasiat akan dibantu secara langsung oleh penasihat pengurusan kekayaan patuh Syariah atau pengurus hubungan yang terlatih untuk membantu dalam setiap langkah proses tersebut. 


 Pelanggan akan dibantu oleh pegawai untuk perkhidmatan penulisan wasiat yang inovatif dan efisien 



Pelanggan juga boleh melantik pihak yang dipercayai sebagai pentadbir untuk pengagihan aset dan liabiliti selepas pemergian mereka. 

 

Pelanggan hanya perlu menyediakan dokumen yang betul dan dengan bayaran serendah RM600, penulisan wasiat mereka boleh disempurnakan dengan mudah. 

 

Dengan format digital, maklumat di dalam EzyWasiat juga mudah untuk dikemaskini pada bila-bila masa, sesuai dengan perkembangan kehidupan seseorang sesuai dengan semua peringkat kehidupan. 

 

Tambahan beliau lagi, kemudahan yang disediakan bukan hanya untuk pelanggan yang memiliki harta melimpah ruah sahaja, tetapi juga untuk rakyat marhaen, di semua peringkat kehidupan, tidak kisah muda atau tua, berharta atau tidak. 

 

“Pokok pangkal ada hutang atau tidak? Mempunyai harta yang hendak diwasiatkan atau tidak? Kalau ya, maka kena bersedia untuk meninggalkan wasiat,” katanya.

 

“Kami bukan sekadar melakukan inovasi dan penyelesaian menyeluruh untuk pelanggan kami tetapi juga ingin memastikan tiada sesiapapun yang terkecuali daripada bantuan perancangan harta yang berkualiti tinggi’, tambah beliau. 

 

Sementara itu, Anuar menitipkan pesanan agar seseorang individu tidak berlengah-lengah untuk menulis wasiat.

 

Masyarakat dinasihatkan tidak menunggu usia senja untuk menulis wasiat


 

Beliau menegaskan bahawa penulisan wasiat sangat penting dilakukan sewaktu seseorang masih hidup dan sihat bagi memastikan kehendak dan harta pusaka mereka diuruskan dengan cara yang diingini apabila mereka tiada lagi.

 

“Kematian tidak menunggu hingga umur tertentu, jangan tunggu hingga usia senja, tulis wasiat apabila anda mulai bekerja dan berharta.

 

“Jika tidak menulis wasiat sewaktu muda, apabila meninggal dunia nanti apa yang berlaku ke atas hartanya nanti sekadar menurut undang-undang sahaja.

 

“Sesiapa yang berkata: menulis wasiat kosnya mahal, tunggu apabila berlaku kematian, mana yang lebih mahal, sesiapa yang pernah lalui dia tahu,” katanya.

 

Anuar juga menekankan ilmu pengetahuan dalam pembahagian harta pusaka mengikut syariah penting bagi memastikan proses pembahagian dilakukan dengan adil.

 

Tanpa ilmu pengurusan harta pusaka, perselisihan antara adik-beradik atau ahli waris lain boleh berlaku. 



Beliau berkata, tanpa ilmu yang mencukupi, pengurusan harta pusaka boleh menyebabkan kekeliruan, pertikaian antara waris atau bahkan pelanggaran terhadap hukum syariah.

 

“Mungkin kita rasakan diri sudah berilmu atau berfikir, ikut sahaja hukum faraid.

 

“Jangan segan-silu untuk berjumpa dan mendapatkan bantuan mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan berhubung pembahagian harta pusaka.

 

“Di sini, Maybank Islamic memainkan peranan untuk membantu pelanggan mendapatkan perkhidmatan penulisan wasiat yang patuh syariah agar perancangan harta pusaka berada di landasan yang betul dan lebih berkesan,” katanya.

 

Untuk maklumat lanjut tentang EzyWasiat serta mendapatkan khidmat penasihat pengurusan kekayaan Islam Maybank Islamic, sila layari maybank.my/ezywasiat 



Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

03 Mar 2025

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

06:06 (04 Mar 2025)

mosque
imsak

Imsak

06:06:00

fajr

Fajr

06:16:00

syuruk

Syuruk

07:23:00

dhuhr

Dhuhr

13:28:00

asr

Asr

16:42:00

maghrib

Maghrib

19:28:00

isha

Isha

20:38:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase